Wednesday, December 29, 2010

MAKE OVER : AZLIN

Untuk permulaan ni jom lihat hasil make over sy pada one of my best friends.. this girl is Azlin.. 4 ur information, nie adalah kali pertama azlin nie dimekapkan. actually dah banyak kali janji nak make overkan dia. tp masa tue sy masih lagi x buat make over nie secara serius. so, jom kita lihat hasilnya.
 AGI MEREKA YANG BERTUDUNG ANDA TIDAK PERLU RISAU KETIKA DI MAKE UP KAN OLEH SAYA KERANA SAYA TIDAK AKAN MEMINTA ANDA MENANGGALKAN TUDUNG KETIKA SESI MAKE UP DILAKUKAN
azlin x la menghadapi masalah sgt pd kulit dia. tp ade kesan bintik2 hitam dan bekas jerawat.. so conseler ade utk membantu menutup kesan2 tersebut.. kelopak mata alin besar.. jd nice utk letak warna yg agak dark blue untuk menyerlahkan bhgn mata dia.. she look different right? bile dah make up muka dia ada iras2 fazura.. tu pendapat sy..
selesai make over syg la kalau x bergambarkan. jd gmbr2 di bawah ni adalah hasilnya
Thanks to azlin sbb sudi jd model faizaltouch.. kalau sudi boleh jd model lagi..

MAKE UP : SHUHADA

Ni pun adalah salah seorg kawan baik aku sejak zaman kecik lagi.. tema make up nie more tue untuk majlis bertunang.. al maklum la.. mane la tau kan.. umur2 mcm nie memg dah boleh ke arah pertunangan atau pun perkahwinan kan.. make up memg agak tebal sedikit.. tp masih mengekalkan keaslian wajah dia..
x de masalah sgt wajah dia. agak mudah untuk di make up kan.. tp die ada masalah kesan hitam bwh mata.. gmbr sblm di atas tu selepas letak konseler.. kalau make up untuk bertunang atau perkahwinan memg agak tebal.. sbb nati ada sesi bergambar.. jd untuk nampak cantik make up mesti la sepadan.. x la tebal sgt mcm tepung gomak kan.. just nica.. yg penting masih mengekalkan keaslian wajah orang tersebut..
sesi photoshoot mase ni memg sgt best.. byk gmbr2 yg cantik.. tp kalau nak masuk semua tue x boleh la.. ni je la yg boleh dimasukkan
-DONE-

MAKE OVER : CHA

Kalau nak ikut kan yg jd model2 aku untuk make over nie semua nye geng2 atau saudara aku.. huhu.. tp x pe la.. aku puas hati bila tengok diorg cantik.. model seterusnya ialah cha.. cosmate aku jugak.. actully sebelum make up dia tu kitaorg kuar sama2 sbb aku nak beli barang make up.. so mlm tu saja je nak make over kan dia.. hasilnya, lihat gmbr bawah ni..
cha menghadapi masalah jerawat.. agak mencabar masa make up kan die.. jd konseler sgt diperlukan untuk menutup jerawat2 yg timbul.. cha memiliki wajah seperti org cina.. so mata nya yang sepet perlu menggunakan celak agak mata kelihatan lebih galak.. aliskan celak di bahagian bawah dan atas kelopak mata untuk memberi kesan mata yang cantik.. struktur wajah cha agak berisi di bahagian pipi.. shading yang betul perlu agak wajah tidak kelihatan tembam

MAKE OVER : KAK EJA

KAK EJA ni saudara aku.. so, make over nie dibuat untuk picture profile die.. orangnye kecik molek.. jom kita lihat sedikit hasil dari make over yg telah dilakukan
mempunyai raut wajah yang manis.. jd warna pink utk blusher dan pd lipstik menyerlahkan lagi raut wajahnya yang manis itu.. tema lebih kepada klasik ditambah dengan baju kebaya yang dipakai olehnya.. sanggul dibuat ni merupakan kali pertama aku lakukan.. nampak padan pada dia.. sbb rambut nya lurus dan nipis.. jd sanggul tersebut dapat menyelahkan bahagian kepalanya.. namun berhati2 untuk memilih sanggul.. x semua sanggul rambut ini sesuai dilakukan kepada semua.
apa komen anda?

MAKE UP : MAMAT

Sebelum ini aku hanya berpengalaman menata rias bagi tujuan dinner dan bergambar.. tp kali ni menata rias penari.. tarian yang dipersembahkan adalah tarian kreatif.. sebelum tu, aku hanya membantu rakan aku iaitu TASHA merangkap sifu aku dalam bidang menata rias ni untuk make up kan penari-penari. tasha adalah salah seorang penarinya.. jd konsep make up ni dipilih oleh beliau.. dan aku menzahirkan sahaja konsep tersebut pd penari2 lelaki.. untuk penari perempuan tasha sendiri yang menata rias dgn menggunkan konsep yang sama..salh seorg daripada penari yang aku make up kan tue adalah mamat.. nak tengok hasilnya.. jom tengok..
untuk tujuan tarian make up memg seperti ini.. tebal dan agak too much.. tp masih boleh diterima akal dan sesuai dengan konsep dan tema tarian.. sebab apa penari2 perlu solekan yang tebal? mereka menari dipentas yang menggunakan lighting pelbagai warna.. limpahan spotlight dri pelbagai sudut pentas. sekiranya make up nipis digunakan.. alamatnya muka para penari akan malap.. gelap sahaja.. kan tidak elok seperti itu. jd jika sebelum ni anda mempersoalkan kenapa para penari ni make up tebal.. jd tu la jwpn nya..

MAKE OVER : FAIZUL

Hai!!! thanks for visit this blog.. i hope ur enjoy to read it n get some information from this blog..
before this aku dah pun pernah make up untuk lelaki.. but kali nie make over yg dibuat pun untuk lelaki jugak.. nak kata aku mahir make up lelaki dan perempuan tue x boleh la nak cakap 100% mahir.. but im still learning..
next model is FAIZUL.. one of my junior.. make over ni bertujuan untuk sesi fotografi simpanan dia sahaja.. mayb for his picture profile..
lelaki x perlu make up over.. perlu ingat tue.. sbb kalau lelaki make up over alamatnye jd bahan tawa org ramai.. dan boleh kelihatan seperti "lelaki jadian" (faham2 je la yer).. faizul lelaki yang memakai kaca mata.. lelaki yg pakai spek ni mata dia pasti sepet bila bukak spek mata tu. cuba anda perhatikan rakan2 anda. x kira lelaki mahupun perempuan yang berkaca mata.. aku jugak berkaca mata.. dan mengalami mata sedikit sepet bila tidak memakai kaca mata. jd fokus utama untuk make upkan faizul adalah pd bahagian mata.. bila lelaki pakai celak bwh mata ianya kelihatan agak janggal.. tp x salah.. kalau tema rock memg sesuai.. tp harus diingatkan pemakaian celak tu jgn terlalu tebal dibawah mata.. tp bagi faizul pemakaian celak hanya di bhgn dalam kelopak mata atas bagi membesarkan matanya.. selebihnya teknik make up yg telah dikongsi pd entry sebelum ni digunakan untuk menata rias wajah faizul..

MAKE UP : NAZRI

Siapa kata lelaki x boleh make up?
sebenarnya lelaki zmn moden skrg pun boleh make up.. tp perlu la make up yg sepadan untuk lelaki.. bukan menggunakan teknik atau cara make up seperti perempuan.. x ke haru biru bila lelaki pakai eyeshodow bewarna warni dan pakai bulu mata .. pelik sgt kalau mcm tue..
untuk lelaki make up yang sesuai adalah dgn menggunakan warna2 earth seperti coklat yg sesuai dengan warna kulit lelaki msia. bagi make up kali ini adalah utk nazri.. tujuannya untuk pergi ke dinner dengan tema arabic night.

setiap tukang make up ataupun juru make up ada caranya dan teknik yg tersendiri.. bg aku permulaan make up adalah dgn memakai konseler utk tutupkan bhgn jerawat, parut atau pun kesan hitam bwh mata.. kemudian liquid foundation dan seterusnya dgn pemakaian compact powder yg besesuaian dgn warna kulit. ramai dalam kalangan kita yg menggunakan compact powder yg tak bersesuaian dengan warna kulit. selagi ada jenama baru atau yg popular mesti rasa nak beli tp langsung x menghiraukan warna compact powder yg dibeli tue.. kemudian celak plak bg lelaki more to brown colour.. dan blusher dinasihatkan menggunakan warna coklat ataupun softpink.. aliskan lipgloss ataupun lipstik warna yang bersesuaian iaitu light pink seperti warna perkataan yg dihighlightkan itu.. kemudian shading dibuat untuk bg wajah kelihatan kurus..
mlm dinner tue nazri telah menang princes of the night.. congrate!!!

MAKE OVER : ZURIN

TEMA: SIMPLE MAKE UP
tak semua orang nak make up tebal. x semestinya make up tebal itu boleh pada semua situasi dan ketika. kali ni model yang digunakan adalah kakak aku.. simple make up nie kite boleh buat untuk tujuan shoping, hang out dgn kwn2 atau pun nak ke kenduri kendara pun boleh jugak.
zurin a.k.a along nie mengalami masalah wajahnya yg agak pucat, bintik2 hitam diwajah dan ade kesan hitam di bawah mata.. jadi sekali lagi conseler perlu digunakan untuk menutupi kesan2 yg x sepatutnya. selain tu, along mempunyai bentu wajah yang bulat dan pipi yang berisi. jd shading yang betul perlu dibuat agak wajah kelihatan kurus sedikit. shading dibuat dirahang kiri dan kanan dagu..
TIPS: pd pendapat aku, seorg tu kalau nak ada alat solekan mesti ada benda2 seperti ni. compact powder, celak, lipstik (benda2 asas) kalau nak nampak lagi seri anda beli la eye shadow.. x perlu warna warni.. cukup sekadar warna2 earth spt light atau dark coklat..

MAKE UP : RAHIDAH

Hai semua!!!
this entry nak cerita mengenai make up utk catwalk runway program MINGGU VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS DI UKM.. actually ni adalah kursus wajib perlu ambil untuk pengajian aku.. 1st klu ada yg tak tau aku masih student di UKM.. just forget it about that.. berbalik pd cerita majlis ni. aku ditugaskn utk mengendalikan program perasmian penutupan minggu vokasional ni. dan catwalk runway ni salah satu program mase majlis tersebut..
salah seorg model pd hari tu adalah rahidah.. cousemate aku.. mslh pd muka ida ialah jerawat.. tp sekali lagi conseler adalah benda wajib yg perlu untuk menutup wajah ida.. ida mempunyai mata yang sepet@kecil.. jd eyeliner adalah sgt membantu untuk menggalakkan mata ida. the reason why make up ida nampak natural kerana baju dan kain yg ida pakai ditaburi dengan labuci. so, sudah cukup menyerlah.. nak2 pulak majlis yg berlangsung ditempat terbuka dan waktu siang hari..
TIPS: sekiranya baju anda sudah menyerlah dari segi warna ataupun ditaburi manik dan labuci yg berkilau.. anda perlu tone down kan make up anda.. kalau baju dan make up anda terlalu menyerlah anda akan kelihatan seperti badut.. PERCAYALAH!!
thats me with ida.. sgt enjoy masa majlis tue.. so ape komen anda?

SALAM PERKENALAN

1st all blog ini dibina adalah untuk berkongsi dengan anda bagaimana pengalaman sy menata rias wajah. sy tidak mendapat pendidikan formal mengenai teknik make up ini.. teknik mekap yang dipelajari adalah berdasarkan pemerhatian, belajar dengan rakan dan serta melalui internet. sy juga menyediakan perkhidmatan make up. sekiranya anda ingin menggunakan khidmat sy anda boleh menghubungi sy di faizal_debot@yahoo.com atau di facebook just seacrh pd faizal_debot.. harga boleh dirunding..